Wednesday, April 25, 2012

PEMILIHAN SUSU FORMULA UNTUK ANAK..

As Salam

Pelik tak tajuk saya. Walaupun saya ni memang seorang yang amat mementingkan dan particular pasal breastfeeding kan. Tapi I am not against Formula Milk. Sebab bagi saya terpulang pada individu tu nak memberi anak dia makan macam mana. Cuma ingatlah setitis air susu ibu diminum oleh anak adalah pahala kepada ibu. And bear in mind, Surah Al Baqarah Ayat 233.

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya dan meskipun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan rela keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa ke atasnya keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu berikan pembayaran menurut yang patut. Bertawakallah kamu kepada Allah dan ketahuilah Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan.

So kalau takde masalah, teruskan lah ye. Keep on pumping di ofis dan di rumah banyakkan direct feeding. Insyaallah. Tapi jangan terlalu hipokrit nak ekslusif BF sampai anak tak cukup makan/minum. 

Macam Akif Darwish dah mula mix feeding since umur dia 10bulan lebih. Stok susu beku dah lama habis since asyik digunakan masa saya kelas malam. Since then dah start campur but dia tak nak minum. Meraung2 dan kena paksa. Sepaket susu DUTCH LADY 650gram tu adalah minum sekali dua je dalam masa seminggu itu pun kat rumah BS sebab masa tu saya balik lambat. Kenapa pilih Dutch Lady - sebab ada HALAL from JAKIM MALAYSIA. Dan nak pilih makanan anak kena be very particular kan? Akan jadi darah daging, susur galur keturunan. Aqil pun minum susu ni. Ada orang kata murah, takde khasiat macam susu paling mahal Enf**** dan lain2. Entahlah, tak reti nak komen sebab saya tak buat kajian pasal susu ni sangat, yang penting saya pilih dan sediakan makanan terbaik dan beri supplement terbaik untuk anak. Yang lain2 tu tawakal kepada Allah je.

Berbalik kepada Darwish, makcik BS kata susah sangat dia nak minum susu tepung. Sampai satu tahap makcik terpaksa kasi minum pakai cawan. Maybe rasa tak sedap ke apa tak tahulah. Saya pulak keep on pumping, beri je banyak mana yang ada untuk bekalan esoknya untuk Darwish. Power pumping buat semua tapi still sama je kuantiti. Still cukup tapi cukup2 makan, kalau saya balik lewat ke, memang topup susu jugak. Malam2 tak pam dah sebab dia kuat menyusu malam, so takde ruang waktu yang sesuai. Dengan kelas malam dan macam2 lagi. Time is very limited.

Then sebab terbuang je susu Dutch Lady tu, saya try susu ILHAM. Susu ni susu lembu dan ada kandungan badam, kismis dan kurma. Makanan sunnah Nabi kita. ada HALAL dari JAKIM. Try jela kan. Pembuatan dikilang memang sangat terjaga, dikendalikan oleh pengusaha Islam Malaysia, staff di kilang juga adalah orang Islam, semasa pembuatan tu ada alunan ayat2 Al-Quran. Jadi susu ni memang tak boleh dilangkah or letak sembarangan sebab ada terapi Al-Quran. Harganya di Mydin RM 47.90 (Seksyen 18, Shah Alam) Kalau beli online pun ada kena dan add postage kos pula. Cuma tak semua pasaraya ada jual tapi di Mydin dan kedai2 produk Halal macam Az-Zain ada lah. Di Az-Zain RM 46.00 boleh dapat, kalau beli lebih 6 kotak kot baru dapat murah sikit. Better dari susu imported kan??




Alhamdulillah, dengan izin-Nya, Darwish suka. Tapi kat rumah dengan saya dia tak minum formula jugak. Try beri minum 2-3 oz je pastu cari nenen jugak. Kalau tak nampak kelibat saya, baru Ok dia minum tu pun kalau betul2 lapar je.

Sampai sekarang dah minum 2kotak setengah. Sehari dalam 1-2kali dia minum susu ILHAM, sekali minum paling banyak 3 or 4 oz. Time lain minum susu ibu dan makan dengan BANYAK..Hehe. Berilah makan apa pun, semua ngap aje. Seronok tengok. Tapi badan cinonet je, tak montel jugak...:)

Akan beri minum susu badan selagi termampu sehingga umurnya 2 tahun. Insyaallah. Amin. 


p/s: Untuk anak yang ada masalah sembelit pun OK. Sebab ada kandungan serat yang tinggi dalam kismis dan kurma. (eh macam promoter lak..) Hehe. 



LoVe ♥♥

4 comments:

Rozita said...

Salam kenal Sara..

First time dgr pasal susu ilham nih. Macam bagus jer bila ada terapi ayat al-Quran tu. Susu ni ada perasa coklat tak (cehhh..tanya macamlah Sara ni promoter susu ilham) ? Anak akak minum susu perasa coklat sejak umur lebih 2 thn, sebab dia dah jemu susu putih.

SaRaa said...

salam kenal kak..ade perisa coklat..tp xsure utk stage 1,2,3 ade ke tak tapi yg 4,5,6 adela..nt sara cube survey2..hehe..

wati othman said...

aku pun da lame usha susu nih...menarik kan..???plus produk islam kan...mybe ley try for my new baby... =)

SaRaa said...

wati..betul tu produk islam bagus kan.bole try but only for baby yg dh mula solid food aje..6mos n above..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INNIT