Monday, April 9, 2012

Korset + slimming suit?

As salam

Sebagai perempuan, kita memang tak lari nak kekal cantik betul tak. Apa lagi lepas dah beranak pinak, ada orang yang bertuah badan dia tak berubah, still macam anak dara/masa belum kahwin tapi ada orang pula dah ada part2 "terlebih" sana sini dan situ.

Pemakanan dan gaya hidup sangat penting. Ada orang kata menyusu bayi tak boleh diet2. Ok memang betul, tapi sila ambil perhatian apa yang anda makan. Minyak2, manis2 dan lemak2 serta makanan tinggi karbohidrat kena kurang kan. Banyakkan makanan yang tinggi protein, kurangkan nasi tapi lebihkan sayur2 dan ikan (macam saya suka ikan) daripada ayam dan daging.

Dan perlu kekal aktif. Yang ni memang tak dinafikan kalau anak tengah membesar, sure lah maknya aktif nak melayan anak yang aktif. Betul tak? Membuat kerja rumah adalah satu senaman jugak. SOLAT 5KALI SEHARI pun adalah senaman paling bagus bagi orang Islam, untuk kesihatan rohani dan jasmani. Kadang2 saya jeles betul dengan hubby yang ada masa bersenam, pergi gymnasium kat ofis dia 3kali seminggu tapi saya takde masa nak buat semua tu. Sebab ada kuliah dan sebagainya (adekah alasan?).

Ok melalut ke laut sudah ni. Nak cerita pasal slimming suit sebenarnya. Walaupun berat badan dah memang ideal sangat dah BMI 20.1, tapi still nak maintain dan nak pastikan badan ni membakar lemak selalu macam bersenam tu. So, start pakai slimming suit (beli masa dalam pantang Darwish). Tapi pakai on/off je sebab malas. Pastu tetiba timbul kesedaran sebab dah beli tapi tak pakai nanti berdosa sebab bazir duit je. Then saya pakailah.. 2 minggu pakai, konsisten hari2 selama 8jam (exclude weekend). Saya tak pakai yang mahal2..yang ni murah je harga tak sampai rm 100, sorry dah lupa harga sebenar. Jenama Zirana 2 in 1 (camisole + short pants). Nampak perubahan pada ukuran badan. Badan rasa hangat je kat area2 yg ada far infra red tu, sebab lemak terbakar. Fabric dia adalah anti bakteria dan sangat elastik so time pakai tu takdelah rasa macam robot berjalan, nak solat pun senang takdela rasa senak macam pakai korset yang ade besi2 tu. Berat pun turun dalam 1kg. Saya pun makan lecithin juga, maybe itu pun salah satu kesannya. Wallahualam.


Sorry, tak de gambar la. U all google la ye Zirana, sure ada. Masa saya beli dulu ada yang 5 in 1 juga, yang ada trimmer untuk lengan dan paha. Sekarang ni dah ada yang 3 in 1 (camisole+pant+waist trimmer). Harga berbeza2.





LoVe ♥♥

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INNIT