Tuesday, May 3, 2011

Cara saya berbengkung semasa berpantang

Hi Assalamualaikum..

Hari ni nak cerita pasal bengkung yang saya pakai. Saya pakai bengkung barut Amway dan selang2 dengan bengkung panjang buatan mak yang turun temurun dipakai oleh my sista and I. Fungsi bengkung sama, untuk bantu support perut, bantu pengecutan rahim dan kempiskan perut. Sebelum pakai bengkung, sapu perut dengan ubat/tepel perut. Bila tepel perut Amway dah habis, saya guna kapur sireh + limau nipis. Kalau tak sapu pun takpe tapi lambat sikit kesannya. Jom semak apakah perbezaannya dua-dua bengkung ni.

Bengkung barut:
  • Senang nak guna, tak perlu bantuan orang lain. Pakai semasa berbaring lagi senang.
  • Boleh adjust ikut kesesuaian, nak pakai pendek (setakat perut) atau panjang (tutup punggung).
  • Senang kalau nak pergi toilet, hanya perlu longgarkan tali2 (jika pakai menutupi punggung) untuk angkat ke atas, tak perlu buka keseluruhan.
  • Rasa slim je bila pakai sebab tak tebal.
Picture: From Amway

Ni gambar bengkung barut. Ikatan mula dari bawah ke atas macam dalam gambar. Bila dah sampai atas, simpulkan. Saya suka pakai sampai tutup punggung dan separuh paha sebab akan bantu kita jalan ala2 sopan gitu untuk ketatkan kembali tulang2 dan urat2 yang longgar (betul ke fahaman ku ni?). Hehe. Boleh bantu singkirkan lemak kat bahagian tu jugak!


Bengkung panjang
  • First time pakai, perlu bantuan orang lain untuk ketatkan, bila dah biasa, senang je.
  • Susah nak adjust kepanjangan sebab tak boleh dilipat2. Tapi ketat dan selesa, ikatan bengkung tu pun unik.
  • Kalau pakai kat perut je, tak ada masalah untuk toilet, tapi kalau pakai sampai tutup punggung, agak susah juga. Perlu buka keseluruhan bengkung
  • Bagi saya, perut lebih cepat kempis kalau pakai yang ni dan bantu untuk tegakkan badan macam pakai korset. Sebab tebal, peluh pun banyak.
Picture: Dari luar perut saya..huahuahua..

Ni bengkung panjang mak jahit. Ni gambar purposely untuk masuk blog. Hehe. Demo je kat luar baju sebab hari ni saya dah pakai bengkung barut. Lebih kurang 7-8meter panjangnya. Ada cara nak lilit, kena hati2. Ikatan pertama mula dari bawah sekali, perlu ketat sambil tolak rahim ke atas. Lepas tu, teruskan dengan lilitan seterusnya sampai atas dan simpulkan. Make sure simpulan akhir sekali berada kat tepi. Kalau belakang, sakit badan nanti nak tidur/baring sebab berbonjol. Kalau kat depan perut nanti time dukung baby, sakit pula badan baby.


Tips pemakaian bengkung cara saya (mak ajar): Pada minggu2 awal lepas bersalin, pakai bengkung jangan terlalu ketat sebab akan ia memaksa rahim untuk kecut segera. Pakai secara sederhana ketat, kat bahagian bawah pusat, untuk support rahim. Tingkatkan kekuatan ikatan tu bila dah rasa perut tu makin mengecil. Jangan ikat ketat kat bahagian atas dari ari-ari , tumpukan pada bahagian bawah ari-ari je sebab kalau kat atas terlalu ketat, bimbang rahim menurun sebab tekanan dari atas. Sebab tu, saya tak berani nak pakai korset sebab korset selalunya ketat dibahagian perut atas, instead of bahagian ari-ari/rahim. Lepas 44hari baru berani nak pakai korset.


p/s: Tak boleh tanpa bengkung. Mesti pakai.




LoVe ♥♥

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INNIT