Sunday, February 6, 2011

Pencarian Susu Formula Untuk Anak Sembelit

Hi Assalamualaikum..

Hari ni dah beli susu S26 Progress Gold..Harap2 boleh selesaikan masalah Aqil sembelit tu. Sebab baca2 forum dan review, ramai yang guna susu nie dan anak kurang alahan. Moreover S26 ni zatnya immitates susu ibu. Wallahualam..Dan pada masa yang sama ajar Aqil makan buah prune. Sebab dia suka. Betik is the best tapi dia tak suka. Cumanya yang agak confuse sebab dia dah 3 hari (jumaat,sabtu dan ahad) Aqil berak secara tetap tapi masih nangis dan keras. Hmm..macam tau2 je nak kena tukar susu so sistem penghadamannya behave pulak yer..Apa2 pun Alhamdulillah...! Tapi saya tetap nak try S26 ni sebab tak sanggup tengok time dia nak membuang.

Terfikir jugak apa yang menyebabkan dia berak (tapi still keras sikit). Mari kita kaji jadual pemakanan Aqil:

  • Dah 2 hari tiap2 pagi paksa dia minum vitagen. Hari ni je tak sempat nak kasi sebab semalam overnight kat rumah uncle lupa nk bawa vitagen dia.
  • Dah 2 hari jugak makan whipped potato (tinggi serat kan?). Hari ni je tak sempat nak makan potato. Makan masa dinner hari Jumaat and lunch hari Sabtu
  • Dah 3 hari breakfast yang ringan2 je instead of nasi bubur macam selalu. 1st day makan setengah keping roti & 2biji kuih talam (tepung beras kan elok untuk budak2). 2nd day makan roti jugak dan buah prune. 3rd day makan roti cicah air coklat.
  • Pukul 12 pm or 1pm baru kasi dia lunch. 5-6pm dinner. Pastu paksa minum air masak. Jus dia boleh minum tapi sikit jela, memang tak lut.
  • In between main meal tu, kasi prune or biskut. Saya belasah kasi biskut orang dewasa Jacob Hi-Fibre. Sebab nak kaya serat punya pasal. Nasib baik dia memang suka and pandai kunyah.
  • Cairkan sukatan susu, banyakkan air. Kalau time saya cuti dan jaga dia kt rumah, memang dia minum 2 kali je time siang iaitu pukul 630am (wajib) dan time nak tidur tengahari pukul 2-3pm. Malam 2 kali gak sebelum tidur around 8pm dan pukul 12-2pm time mama dia nak tidur. Time lain minum air suam je. Kalau kat babysitter siang je dah 3-4 kali.

Sumber : Google Image


Sumber : Google Image

Sedap tak makanan2 kat atas nie..hehe..

Selain tu tiap2 petang bawa Aqil jalan2 exercise bertatih sampai peluh2. Kat rumah pulak turun naik tangga tah berapa round. Aktif je dia 2-3hari ni dan kurang tidur siang. Maybe sebab tu ke penghadaman ok?

Tapi poo poo still keras, seksanya dia nak membuang. So me and hubby decide tukar susu from Dutch Lady to S26. Saya masih assume semua susu formula sama je sebab the best is SUSU IBU. Tiada bandingannya. Susu formula ni pada saya bezanya hanya harga dan komposisi vitamin dan juga penerimaan anak terhadap susu tu. Macam sesetengah budak alah susu lebu, so kena minum soya based milk. Saya pun pening bila sampai bab2 vitamin ni sebab lagi bertambah confuse mana yang bagus la..mana banyak vitamin la..bla bla bla..So try and error jela kan..☺

AA/DHA? Tiap2 susu lain komposisinya, macam Dutch Lady, DHA nya lagi tinggi dari S26 2 kali ganda bezanya if tak silap untuk setiap 100g susu. Tu penting untuk perkembangan otak kan? Pada saya ia boleh didapat dari natural resources macam ikan dan sayuran hijau. Cuma kita kena tahu jenis ikan/sayur dan cara memasak yang betul so that zat2 tu tak hilang. Since Aqil pun dah 1 year dah boleh makan macam2. Lainlah kalau under 6month babies, memang kena selective dalam pemilihan susu formula untuk diorang kalau ibu tak mampu nak beri susu badan.

Oklah, ni hanya pendapat saya je yang saya dapat melalui pembacaan. Saya bukan pakar dalam bidang nie..hehe..

Aqil start minum S26 hari ni. Selamba je dia minum tak buat muka pelik pun, so dari segi rasa, takde masalahlah. Lagi 3hari tengok macam mana penerimaan perut dia pulak. Ok atau tak. Nanti saya update.

p/s: Lepas deliver 2nd baby ni kalau nak relaktasi agak2 boleh ke? Macam Aqil nak je kan..huhu..harap2 dia nak la..tak dapat direct BF pun takpela ku sanggup jadi pengepam TEGAR..huhu..=)




LoVe ♥♥

7 comments:

Azrina Mohd Tajul Ariffin said...

Sara, cuba stopkan dulu vitagen. Vitagen kandungan gula tinggi, better bagi jus buah. Kdg2 kita jgn terlalu ikut iklan mereka yg vit bagus utk penghadaman. Akak pernah beli probiotik utk anak2 yg ada masalah sembelit tapi ia utk 2thn ke atas. Nanti Sara beli sbb ianya bagus, ada jual difarmasi. Probiotik tu suplemen cam serbuk, dia jaga usus kanak2.

SaRaa said...

mmg kasi sikit je kak..xsmpi separuh pun..pastu flush ngn air masak..smlm n arini dah tak kasi sbb dia mcm dh ok beraknya..

nway thanks for the info..;)

Azrina Mohd Tajul Ariffin said...

Nak relaktasi boleh Sara tapi kena kuat smgt! Tips nak relaktasi, buat solat Tahajjud, baca Al-Waqiah minta pada Allah permudahkan dan murahkan rezeki. Persediaan lain kena start pam balik ler, kalau boleh kena buat 12 sesi sehari.

Ted said...

kak, bg minum air masak banyak.

pst, BF da best.hehe

SaRaa said...

kak azrina: yup..kena kuat smgt, xdpt byk at least dptla sikit dia merasa susu ibu semula..Al-Waqiah untuk dimurahkan rezeki kan? Insyaallah akan diamalkan..

Ted: mmg betul tu dik, tu yg kena relaktasi balik tuh..stop aritu pun sbb preknen 2nd baby..doa2 kan yer..:)

Anonymous said...

Sis..ada update tak pasal ni? saya pun.anak.sembelit ni..risau

SaRaa said...

miss Anoy: ni update http://saradiaries.blogspot.com/2011/02/update-kisah-aqil-sembelit-gain-plus-iq.html

but then, after sometime i bg kids minum anmum..mmg xde masalah sembelit..for me anmum is the best.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INNIT