Friday, January 21, 2011

Baju Menyusu? Breastfeeding in Public..Macam mana yea?

Hi

Salam..

Sekarang ni saya tengah nak kumpul baju menyusu. Try nak jahit blaus or baju kurung menyusu tapi takde mesin jahit..!! Masa 1st son tak sempat nak beli banyak2. Ada 1 je nursing dress. Tu pun sebab nak pakai time pegi kenduri kawin, kalau pakai baju kurung biasa rasa macam payah sangat nak kasi anak minum..!

Selalunya saya akan pergi nursing room untuk menyusu. Rasa macam segan nak breastfeeding in public (tanpa nursing poncho) sebab tak berapa yakin. So, for this newcoming baby, saya nak confidentkan diri untuk try menyusu in public. OK bukan saje2 nak tayang cik B, tapi untuk mengelakkan rasa stress semasa nak berkejar ke nursing room or bila tempat yang kita pergi tu takde tempat nak menyusu, pastu anak pulak dah menjerit dan meraung..! At least bila pakai baju menyusu tu, kite boleh kasi on the spot dan cover dengan tudung..kan? Ramai mommy2 sangat confident untuk menyusukan anak di tempat awam. Saya..ooo belum lagi..!

Memang pernah je menyusu kan Aqil guna nursing poncho di tempat awam tapi bila dia dah pandai selak2 main cak cak sangat sudah tak praktikal lagi poncho itu..huhu. Lagi satu masa pegi kenduri kawen, sampai berpeluh2 si kecik tu menyusu. Agak panas sebenarnya poncho yang macam saya punya tu..

Gambar kiri: Kat Jeti Mersing. Poncho beli kat Fabulous Mom. Masa ni dia baru 4 bulan Ok lagi. Size Ok, besar, tapi kalau tak pakai nursing wear memang nampak kulit belakang time angkat baju. So memang kena pakai gak nursing inner or nursing t-shirt.

Gambar kanan: Dalam bas nak pegi Tioman. Ni bukan baju menyusu tapi saya dah meng"update" supaya jadi baju menyusu. Leher baju merah (dalam) tu macam luas sikit so boleh jadi front access la. Pastu pakai short cardigan (luar). Boleh la cover sikit dengan tudung. (tapi macam tak selesa gak sebab bukan baju nursing yang sebenar).


Hmm..Agak2 kalau pakai baju menyusu senang tak nak handle? Banyak tips yang saya baca kalau kita nak menyusu kat tempat awam ni. Antaranya:

  1. Kalau kat shopping mall, cari tempat yang ade kerusi dan tak ramai orang sangat, pastu mintak en hubby tolong cover kan jugak
  2. Pakai baju menyusu lebih mudah. Sangat discreet Ok.
  3. Pakai inner menyusu kalau baju luar kita tu bukan baju menyusu. So bila kita angkat baju takdela nampak perut, spare tyre or kulit kita. (yang ni saya selalu buat tapi macam rimas pulak pakai baju 2 lapis)
  4. Nursing bra - lagi memudahkan kerja kita!
  5. Make sure pakai tudung yang labuh sikit so boleh cover cik B kalau tak suka pakai poncho. Baju pun kena loose sikit sebab kalau baju ketat rasa macam terseksa je time nak adjust2 tu..(adjust ape yer..haha) Sendiri mau ingat!
  6. Make sure tempat kita nak melakukan tugas tu jauh dari CCTV..hehe!!


Saya dah survey beberapa kedai online yang jual baju menyusu. Sangat menepati ciri2 yang saya nak tapi kan..harga memang agak mahal la. Huhu..Owh yea, tadi saya bukak website Dynaz. Dia ada rekaan terbaru untuk mommy yang menyusu. Cantik2 tau cuma yang tak bestnya most of of the design macam tak sesuai if u bertudung. Kalau longgar skit, labuh (tutup punggung) dan lengah panjang I boleh consider untuk membelinya!




LoVe ♥♥

2 comments:

nini said...

nini skrg mmg lebih selesa pakai nursing blouse kalau nk pegi mn2. lebih convenience and practical. :)

Nik Ha said...

Salam perkenalan,

Sudikan jenguk-jenguk ke koleksi baju menyusu muslimah di http://clothdnz.blogspot.com.
TQ :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INNIT