Wednesday, March 14, 2012

Facebook: photos and status update

Assalammualaikum

Recently, I'm trying to ensure my status update will give benefit to others. It's kinda sharing more informative things maybe...? And yes, say NO NO NO to "mengumpat" about others. Facebook can become a tool for spreading rumors and can be read by hundreds of people inside your list and your friends' of friends' list. In other words, it can be read by anybody that commented on the status update or photos. I used to express my feeling in FB, but had been warned not to do so. Yes, think about it again, it's better to perform solat and tell Allah about it rather than nagging etc.

Just imagine if we are posting something like mencarut, maki hamun dan lain2. Kalau orang lain baca, dah melambangkan macam mana attitude kita dan lagi teruk kalau wanita yang tulis macam tu. Memalukan kaum. Ada juga yang tak suka nak baca status pasal dakwah, Islam, sabda Nabi etc, dan post di status untuk beritahu dia tak suka itu. Kalau orang bukan Islam, takpelah nak express feeling macam tu kan. MasyaAllah, kalau tak suka, remove saja orang tu or hide je la kan.?

And sometimes we are posting pictures that exposing our aurat, accidentially uploaded maybe...? I've been gone through this phase too and really can't believe why why why I'm being so "jahil" that time. Huh. Very excited to upload pictures from vacation, wedding etc and ending up showing it (tangan, kaki, bentuk b***t sebab pakai tudung pendek etc..) to others. Just imagine berapa banyak ajnabi yang tengok semua tu dan sebenarnya mereka tak layak tengok pun melainkan SUAMI dan ahli keluarga yang layak sahaja? Dan berapa banyak dosa yang kita kena tanggung? Dan macam mana kalau kita meninggal dunia dan tak sempat remove semua gambar2 tu dan jadi tatapan entah sampai bila ya? Nauzubillah. Semoga kita tak tergolong dikalangan orang2 macam tu.

Amin.


p/s: Allah maha pengampun.






LoVe ♥♥

Akif Darwish tak sihat

Assalamualaikum..

Hai. Dah 2 minggu baru nak update. Anak2 tak sihat. Si adik tu dah almost 3 weeks batuk + berkahak + dada berbunyi time malam. Risau betul. Dah check darah dan x-ray takde apa2. Si abang selsema dan batuk sikit dan rasanya bertambah OK lepas doktor kasi antibiotik 2minggu lepas. Darwish jela yang takde improvement lepas diberi antibiotik dan ubat dari SALAM Shah Alam. Hari ni plan nak pergi check lagi. Maybe try DEMC or KPJ. Sebab sana ramai doktor pakar kanak2.

Harap2 Darwish takde apa2. Semoga lekas baik ye anak. :(


p/s: macam2 berlegar2 dalam kepala ni otak ni bila fikir pasal anak yang tak sihat. mood kerja pun mati.


LoVe ♥♥

Thursday, March 1, 2012

Blended Orange Cake

Assalamualaikum..

Selamat petang semua! Yezza..walaupun dapat MC sebab sakit gusi, still rasa best sebab hari ni berjaya membuat kek oren. Guna blender dan senduk kayu jer..tak perlu guna mixer. Sesuai untuk saya yang memang takde mixer di rumah. Hehe.

Sangat sedap. Sorrylah sebab kek saya ni macam terhangus terlebih masak di permukaan luar. Haha. Ni 1st time buat kek secara bakar. Selalu buat yang kukus jer. Dan 1st time merasmikan oven yang ada orang hadiahkan masa majlis kahwin 3 tahun lepas. Opss.

Ikut resepi kena bakar 170 darjah celsius selama 40 minit hingga 1 jam. Saya guna suhu rendah sikit which is 150 degree celcius sebab tak confident takut ter hitam legam. Tapi still terjadi dan sempat diselamatkan bila tengok surface dia dah merekah masa tu baru 20 minit bakar dengan api atas bawah. Haha... So,terus off api atas dan slowkan suhu kepada 140 degree.

Dan inilah hasilnya. Dalam still lembut. Terima kasih kepada pemberi resepi.



Cilok resepi di sini. Dan ada menderhaka sikit kepada resepi asal. Aci tak? Sebab takde gula halus, saya guna gula kasar 1 cawan je dan blend halus sebelum dicampurkan dengan bahan lain... Hehe. sebab sebelum baking tu meng google jap dan ada orang advice buat cara macam tu. Aci kan?

Ok dan tak manis sangat. Lagipun bila baca kat review tu ramai yang kurangkan sukatan gula sebab if 2 cawan macam terlalu manis. Tak elok manis2 nanti kena kencing manis!


p/s: Ok hari ni dah buat dah kek oren yang di request. Kena cuba lagi kalau dia kata tak sedap. Hehe. (dia = en.hubby)


LoVe ♥♥

Friday, February 24, 2012

Price Tag = Tag Harga

Salam..

Opss..ni memang super duper lawak..!!

Hilang jap tension kerja..




Oooho..berjaya membuat saya hilang sakit kepala..(maybe makan lunch tadi banyak pak aji kot)



LoVe ♥♥

Putus Di Twitter (Ending lagu Cinta Muka Buku)

Assalamualaikum..

Terbuka link ni kat youtube. Memang lawak sangat. Aduh..sakit perut.





Sapalah encik mimpi ni kan? Haha..

p/s: sorry lah merapu petang2.. (^_^)


LoVe ♥♥

Wednesday, February 22, 2012

Result Exam.

Assalamualaikum..

Result exam dah keluar tadi. Alhamdulillah. Penat lelah berbaloi walaupun ada 1 subjek yang tak best keputusannya. Apa2 pun masih Ok dan puas hati..walapun tak dapat 4 flat. Lagi 1 semester je. Tapi tak tahu lagi samada nak proceed dengan thesis atau tak. Kalau tak proceed means ada lagi 2 semester la. Entahlah, nak ikutkan nak proceed terus tapi risau takut tak siap. Aduh. Entahlah. Blur gila. Banyaknya "entah". Benci tau.!








LoVe ♥♥

Tuesday, February 21, 2012

Ter kenyang..

Assalamualaikum..

Selamat malam semua. Jarang betul saya update blog malam2 nie. Huhu. Kes terkenyang makan sup tulang buatan sendiri. Tak boleh tidur! Apa2 pun alhamdulillah diberi nikmat makanan dan kenyang. Berbaloi masak sendiri, jimat, selamat dan bebas ajinomoto. Saya memang tak boleh kalau dalam makanan tu ada ajinomoto yang banyak, sure lepas makan tu pening kepala!

p/s: Takde gambar sup tulang. Esok malam lah snap. Saya dah masak siap2 utk tiga hari.. Hehee~


LoVe ♥♥

Kenangan lalu menjadikan saya seperti sekarang..:)

Assalamualaikum..

Entry panjang mengimbau kenangan lalu..

Bila ingat2, masa saya kecik2 saya ni memang brutal lah. Suka main kat luar rumah, main periuk kuali mak (main masak2) sampai hitam legam dek kena api, main basikal sampai lewat maghrib. End up kena kurung kat luar rumah tak boleh masuk. Ayah balik kerja baru boleh masuk tu pun sebab ayah nak masuk so, selambe jela saya masuk rumah buat muka tak bersalah.

Pastu kena marah, cubit, cili mulut, semua dah rasa. Hehe. Basikal kena campak dalam longkang pun pernah gak. Basikal tu memang kongsi2 je dengan adik beradik yang lain. Bila berebut2 mak campak dalam longkang depan rumah. Mak I surirumah yang garang OK! Ayah jarang sangat ambil port bab2 nak marah kitorang sebab sibuk kerja. Adik beradik lain pun selalu gak kena dengan mak. Haha. Kelakarnya bila ingat balik. Paling best kalau gaduh2 masa mak tengah goreng ikan. Zassss nanti ko kena la chop mohor besar kat betis dengan sudip panas. Tapi tak dela teruk sampai masuk hospital. Ni bukan kes dera Ok, ni nak mengajar anak namanya. Hehe. Kalau time mengaji salah baca, kena titik tangan dengan mak, sakit woo.. guna rotan buluh yang halus gitu!

Cuba kalau budak sekarang di ajar macam tu. Boleh ke? Entahlah.

Saya ni nak kata macam jantan tak jugak sebab feminin la jugak. Main je anak patung Barbie tu. Main je masak2. Ada je mainan alat2 make up semua. Pakai je skirt dan gaun cantik2. Tapi main gak lawan2 pedang2 dengan adik2. Main jadi power rangers kat halaman rumah sambil guling2 macam jantan. Adoi malunya difikirkan balik. Rasanya umur masa tu 9-10 tahun kot. Haha.

Start umur 11-12 tahun barulah dah tak main la sangat. Yelah dah remaja konon. Dah mula nak melawa la etc. Huhu. Dah mula nak bela rambut panjang2. Masa tu pun dah tak kena pukul or cubit dengan mak. Kena marah jelah. Sebab masa tu dah baik sikit kot. Perangai dah macam pompuan sejati. Konon.

Dulu masa sekolah rendah saya rasa saya ni bodoh je. Tak pandai. Exam dapat No. 20 dan 30 lebih out of 40 orang. Tapi sebenarnya percentage (time tu result exam overall ikut percentage) tak kurang 80%. Means purata semua subject dapat A la. Kawan2 yang exam dapat nombor satu, dua tiga tu percentage dorang berapa lah agaknya kan..maybe 100% atau 90 lebih. Tapi sebab nombor punya pasal memang nampak tak berapa pandai lah. Huhu. (Nampak sangat kawan2 aku pandai gila kan!) Hehe. Cuma ada sekali je masa Darjah Satu dapat nombor 2 dalam kelas. Arwah ayah memang selalu ajar matematik tiap2 malam. Ada kerja sekolah je, dia akan menghadap anak2 dia sampailah siap. Sambil tengok TV ok. Sebab ayah nak tengok berita or cite P.Ramlee. Tak de pun pantang larang tak boleh tengok TV sambil belajar. Hmm. Bestnya la bila ingat balik. Kena marah gak kalau salah kadang2 rasa nak nangis je bila tak boleh jawab. Huhu.


Bila fikir2 balik, rindunya dengan zaman kanak-kanak. Zaman riang ria takde masalah.


Bila dah mula masuk sekolah menengah dah macam2 la ada warna warni sikit. Barulah ada masalah sikit2..ada rasa risau kalau tak pass exam etc. Tu belum campur bab2 gaduh2 dengan kawan2..bab2 cinta monyet la..Tapi still, saya boleh survive sampailah di zaman universiti yang super duper tough dan banyak dugaan. Seronoknya kan. Saya suka zaman belajar. Bila dah bekerja ni, saya lebih menghargai zaman dahulu sebab ia yang menjadikan saya seperti sekarang. Walaupun sekarang ni taklah hebat sangat macam orang lain, saya bersyukur sangat2 sebab tak jadi orang yang teruk, orang yang takde arah tujuan. Alhamdulillah. Semoga boleh perbaiki kesilapan masa dulu dan menjadi insan yang lebih baik pada masa sekarang dan akan datang.


Opss..Beg Medela FS ni dah jadi handbag tetap dah sekarang.




p/s: Bila takde semangat nak bekerja, saya selalu ingat masa lalu yang menggembirakan dan yang menjadikan seperti sekarang dan saya bersyukur. Alhamdulillah.








LoVe ♥♥

Monday, February 20, 2012

Hormon Estrogen!

Assalamualaikum..

Hari ni takde mood nak bekerja..
Hormon estrogen ngada2 betul tau!
Teruk benar rasanya..
Dengan pening kepala..
Satu apa pun tak boleh fikir..
Production susu pun tak memberangsangkan..

Dengan bau asap rokok kat opis ni..
Dalam hati ni rasa nak marah je..
Tapi sabar jela..
Ya Allah, berilah aku kekuatan..

Cik P pun belum datang lagi ni..
Dah delay 5 hari Ok..
Yang pasti tak pregnant tau..
Tak buat UPT lagi..tapi ku sangat pasti
Hehe..

Okla..babai!!

p/s: bila dah serabut ni mula la nak salahkan hormon..ish..


LoVe ♥♥

Friday, February 17, 2012

Hijab In My Point of View..

Assalamualaikum..

Hijab is about covering your aurat..
Well, girls...
It's not about covering your hair only!!
It's not about wearing it but NEVER PERFORM SOLAT!!
It's not about wearing it but holding hands and socializing with Ajnabi!!
It's not about wearing it but not covering your chest and breast!!
It's not about wearing it with tight clothes and skinny jeans!!
It's not about wearing it with short sleeves and capri pants!!
It's not about wearing it with short clothes uncovered your butt!
It's not about wearing it with transparent and bright-coloured clothes, red lips and colourful makeups on your face!!

It's about covering your aurat except face and hand palm..
It's about decency in dressing, grooming and appearance in public..
It's about your modesty..
It's about "fashion with syariah-compliance"..

Hehe..That's my opinion.


p/s: Berkali2 ingatkan diri sendiri..:)



LoVe ♥♥

Akif Darwish ~ 11 Bulan


Assalamualaikum..

Akif Darwish nak masuk 11 bulan dalam bulan Februari ni. Dah pandai memanjat dan berdiri. Tapi belum menapak ke depan. Merangkak jauh sekali..memang takkan la. Gigi dah 6 batang. Masih minum susu ibu dan makan dengan BANYAK..! Tapi badan tak montel pon. Haha. Sebab baka mak abah dia takde yang montel. Ayat sedapkan hati sendiri.. Hehee..~


Ini gambar bulan lepas masa gigi atas masih 2 batang. Sekarang dah 4 batang di atas. Belah bawah masih maintain 2 batang je. Dah tak gigit masa nenen. Fuhh lega!..



Sila lihat gambar bersama pinggan percuma Drypers. Sama kan? Macam Upin dan Ipin (abah dia yang kata)..Hakhakkk! Badan dia dah kuat dan tegap jugak. Cuma belum nak jalan. Nak feeling jadi baby lagi kot?Rambut pun gitu je tak tumbuh lebat.



p/s: Semoga jadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat..Amin




LoVe ♥♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

INNIT